Make your own free website on Tripod.com
 
 
  KELIP - KELIP
KUALA SELANGOR
 
 
 

Kitar Hidup

Kelip-kelip sering hinggap pada pokok'Barembang' yang banyak terdapat di tebing Sungai Selangor. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik Barembang ialah Sonneratia caseolaris.

Kitar hidup kelip-kelip bermula dari telur kepada larva dan dari larva bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa. Larva kelip-kelip boleh hidup tanah atau air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan megeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.

Jatina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 30 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.

Tahukah anda ?
Buah Barembang boleh dimakan tetapi berasa pahit.

Kelip-kelip di sekitar Kuala Selangor akan pupus dalam jangka masa 10 tahun lagi jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap.

 
 
© Hakcipta terpelihara. 2000 - 2004.