Make your own free website on Tripod.com
 
 
  KELIP - KELIP
KUALA SELANGOR
 
 
 

Lawatan

Daerah Kuala Selangor telah menjadi sebuah tempat tujuan para peminat kelip-kelip. Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing merupakan dua buah tempat perlancongan kelip-kelip yang terletak berdekataan dengan Sungai Selangor.

Saya telah menyediakan sedikit maklumat mengenai tempat perlancongan kelip-kelip di laman web ini.

Etika Lawatan

Lawatan sebaik-baiknya dibuat selepas 1-4 jam selepas matahari terbenam. Ini kerana pada jangka waktu tersebut merupakan masa paling aktif untuk kelip-kelip dan anda akan dapat melihat kelipan yang menabjukkan. Anda boleh berkunjung ke tempat lawatan selepas 7.30 petang.

Jangan memilih hari hujan atau hari bulan purnama penuh kerana kelipan kelp-kelip kurang jelas dilihat.

Pakai kasut kalis air kerana ia lebih sesuai untuk keadaan yang lembap dan licin di sekitar tebing Sungai Selangor.

Pakaian lengan panjang disyorkan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Jangan menggunakan camera 'flash' atau merokok atau melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam hidupan kelip-kelip.

Jaga kebersihan sungai kita.


 
 
© Hakcipta terpelihara. 2000 - 2004.