Make your own free website on Tripod.com
 
 
  KELIP - KELIP
KUALA SELANGOR
 
 
 

Intro

Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae.

Terdapat lebih daripada 2000 spesis Lampyridae. Ia boleh dijumpai di kawasan Tropika, kecuali kawasan padang pasir dan gunung. Bentuk badannya tajam dan berwarna perang tua apabila dilihat dari luar.

Namun demikian kelip-kelip yang menghasilkan cahaya hanya boleh dijumpai di India Timur dan Asia Tenggara, Filiphina dan Papua New Guinea. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan. Iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara pekan ini ialah, kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30 hari sahaja.

Serangga kelip-kelip yang dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak mencecah angka ribu.

Tahukah anda ?
Kelip-kelip betina kurang keupayaan untuk terbang.


 
 
© Hakcipta terpelihara. 2000 - 2004.