Cahaya
Indah
Tarikan
utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya
yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan
oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian
bawah abdomen.
Yang
istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga
haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.
Organ
penghasilan cahaya bagi kelip-kelip yang terletak di bawah abdomen
terbahagi kepada 3 lapisan, iaitu :-
Lapisan
dalam
Lapisan ini mengandungi sel-sel mikroskopik krystal yang mengandungi
asid urik (uric acid) yang bertindak sebagai pemangkin (reflectors).
Lapisan tengah
Lapisan ini kaya dengan saraf, mitokondrion dan trakeol yang berfungsi
sebagai sel penghasilan cahaya.
Lapisan luar
Lapisan ini merupakan kulit lutcahaya yang bertindak sebagai kanta.
Berlainan dengan cahaya yang kita biasa nampak, cahaya yang dihasilkan
oleh kelip-kelip tidak mengandungi infamerah ataupun ultraungu.
Panjang gelombang, frekuensi kelipan, saiz dan paten cahaya yang
dihasilkan pula bergantung kepada spesisnya.
Proses
dan tidak balas penghasilan cahaya oleh kelip-kelip adalah seperti
berikut :
Enzim
Luciferase +
Gas Oksigen +
ATP + Luciferin
---> Cahaya
Tahukah
anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif
filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat
oleh mata anda sendiri.
|