Maksud
Kelipan
Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu
pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam
matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya,
kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan'
(warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah
terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi
rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.
Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan
meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan
cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok
berdekatan akan menjadi sama dan menarik.
Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan
untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung
daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan
daun.
Tahukah
anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan
cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.
Kelip-kelip
dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya
menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan
sebagai haba.
|