Intro
Kelip-kelip
adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili
bagi kelip-kelip ialah Lampyridae.
Terdapat
lebih daripada 2000 spesis Lampyridae. Ia boleh dijumpai di kawasan
Tropika, kecuali kawasan padang pasir dan gunung. Bentuk badannya
tajam dan berwarna perang tua apabila dilihat dari luar.
Namun
demikian kelip-kelip yang menghasilkan cahaya hanya boleh dijumpai
di India Timur dan Asia Tenggara, Filiphina dan Papua New Guinea.
Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan.
Iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara
pekan ini ialah, kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai
Selangor. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30
hari sahaja.
Serangga
kelip-kelip yang dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis
Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak
mencecah angka ribu.
Tahukah
anda ?
Kelip-kelip betina kurang keupayaan untuk terbang.
|